Keindahan Akik Yaman

As salam dan salam sejahtera.

Keindahan akik yaman tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan akik yaman terserlah dari segi warna, gambaran yang terbentuk dan gaya potongan batu akik "ala songkok". Akik yaman juga pernah disebut dalam sabda Rasulullah SAW iaitu pakailah cincin dengan permata akik kerana ianya membawa berkah. Dalam sabda Rasullah SAW yang lain mengatakan pakailah batu akik kerana ianya akan menghindari dari kesusahan selama mana memakainya. Barang siapa yang menggunakan akik tidak akan hilang darinya kebaikkan. DiSunnahkan untuk memakai cincin dengan permata akik kerana ianya membawa kebaikan, disaat menghadapi kesusahan dan ketika berdoa.

Merujuk pada riwayat yang lain mengenai permata akik atau akik merah, riwayatkan dari Ja’far bin Muhammad dari ayahnya tentang wasiat Rasulullah SAW kepada Ali: Wahai Ali, pakailah cincin di jari sebelah kanan, kerana itu merupakan keutamaan dari Allah SWT bagi orang-orang yang dekat kepadaNya [al muqarrabin]. Ali bertanya: Dengan apa ? Rasulullah menjawab: Dengan Akik Merah, kerana Akik merah itu gunung pertama yang tunduk kepada Allah dengan keesaanNya. Dan ia merupakan batu pertama yang menerima kenabian Nabi Muhammad SAW.

Penggunaan logam juga perlu diambil perhatian, sebaik baiknya logam atau bahan buatan yang digunakan untuk membuat cincin dari perak. Untuk pengetahuan umum, pemakaian cincin adalah Sunnah Rasulullah SAW dan cincin yang dipakai Beliau adalah dari bahan logam iaitu perak dan permata yang diikat dari cincin perak itu dari jenis akik.

Diingatkan bahawa segala kelebihan sesuatu itu semua datang dari Allah SWT dan dengan izinNya sahaja kerana Maha Mengetahui, Maha Mencipta dan segala-gala di dunia. Tiada yang lebih berkuasa selain dariNya.

Bersama dengan ini, saya ingin menjual koleksi permata permata yang khususnya datang dari Yaman. Potongan permata "ala songkok"". Potongan tersebut adalah "trademark" permata yang datang dari bumi Yaman. Permata akik adalah asli dan keunikkannya dapat dilihat. Inn Sha Allah. Terdapat juga barangan yang lain untuk perhatian umum. Sebarang kekurangan atau kesilapan datangnya dari diri saya sendiri dan segala kelebihan dan kebenaran datangnya dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment